Friday, 3 May 2013

Ingatkan beras... Rupanya..

Memang, saya memang suka tegur murid-murid yang kukunya panjang. Saya juga akan suruh murid potong masa itu juga depan saya. Tak kirala anak cikgu ka, anak polis ka, atau anak guru sekali pun. Untuk berlaku adil dan beri contoh yang baik, kalau kuku panjang dan kotor, Murid akan di suruh bersihkan kuku mereka serta merta.


Suatu hari tu, anak guru besar datang jumpa saya, tp dgn kuku yg panjang dan kotor. Murid baru pindah, ikut ayah yg juga Guru Besar br sekolah, mengantikan guru besar lama yg meninggal dunia. Walau pun sy tau dia anak guru besar, prinsip tetap prinsip. Dia d suruh potong kuku pada masa itu juga dgn pemotong yg sy bekalkan.

Khamis lepas, guru besar tel dari pejabat meminta sy dtg utk sambung internet pada laptopnya. Semasa sedang setting, ternampak satu benda kecil berbentuk beras d atas meja. Dalam otak terus terfikir, beras? Beras kering? Tangan terus capai utk sapu, tapi sempat patahkan beras tu dgn jari.

"Krek" Alahai, rapuh nya. Beras lama ka? Butir beras yg sudah d tebuk bubuk? Mungkin sbb itu ia begitu rapuh? Ala biarla, sy teruskan dgn kerja. Ketika itu, bangun sebentar utk mencapai kabel LAN d belakang meja. Mata terus ternampak satu lagi benda kecil dgn bentuk yg sedikit berbeza. Ee.. Apa tu? Kuku? Alamak, habis yg tadi tu apa? Eee...

Siapa punya? Guru besar ka? Potong sbb nak jumpa saya? Betul ka kuku? Jadi yg saya patahkan tadi tu apa? Eee..
Terus pegi cuci tgn bersih-bersih.

No comments: