Showing posts with label Blog Contest/Campaign/Tag. Show all posts
Showing posts with label Blog Contest/Campaign/Tag. Show all posts

Thursday, 13 January 2011

The best K-Drama or J-Dorama I’ve watched to date.

     Today I decided I have to find friends among fellow blogger. One way to achieve that is maybe making a contest or by tagging. Since I've never made any tagging entry before, I decided I'm going to make one today. So I can find fellow blogger with common interest.

     Since my interest evolves around Foreign Language and Cultures and also J-Drama/J-Doramas, K-Drama, J-Pop and K-pop, my tagging entry will be just about that. So here, just an introduction to get to know everyone, I would like to know which drama they like the best.

     So those who were tagged have to list at least three (3) of the best K-Drama or J-Drama they’ve watch so far. You can list more if you like and it’s your choice to make a J-Drama or a K-Drama list. You can also put the J and K in the same list if you like. It’s all up to you, and after listing them, write a few words of why you like the listed Drama.
Like so:-
  1. Hanazakari no Kimitachi e (花ざかりの君たちへ). Liking it because of the ridiculousness-over-the-top fiction. Extra liking it because of all the eye candies put into one Drama.
  2. My Girlfriend is a Gumiho (내 여자친구는 구미호). Liking it because of the storyline and OST. Extra liking it because of Lee Seung Gi. (^_^)
  3. My Lovely Sam Soon (내 이름은 김삼순). Liking it because of the quotable script and the fact that Sam Soon is working as a pâtissier.
  4. The 1st Shop of Coffee Prince (커피프린스 1호점). Liking it because of the café. Extra liking it because of Gongyoo.

     My list is not sort into ranking. Just jotting down the dramas I like. If you like to elaborate more about your drama choices, you can do so.

     Since this is not a contest, I think I cannot offer any prize. But if I found an interesting entry that I like, I might send something to surprise the blogger. But the main point is to know what you like to watch, why you like it AND finding friends with common interest.

I’m tagging random people hoping they will respond. Trying to make friends. So here goes:-
  1. kazumi shizue
  2. Wani Z.
  3. Lavendra
  4. Zamani84
  5. virda
  6. syabil.sukor
  7. Siti Noor Afiq Idris

How to join this tagging?
  1. Make an entry titled “The best K-Drama or J-Dorama I’ve watched to date.”
  2. In that entry, list the drama you like best and why. (BM or BI whichever you are comfortable with)
  3. Take the banner below and put it your entry.
  4. Then link it to this entry.
  5. Tag three friends with common interest. Don’t forget to tell them about it.
  6. Lastly, make a comment on this entry and include your entry link there.
The best K-Drama or J-Dorama I’ve watched to date

Have fun and happy knowing each other. (^_^)

Saturday, 25 December 2010

SMILE CONTEST


Cikmisi tag me for this contest: 



To join, just click on this link for more info.

Since I'm so lazy and tired from my previous post. I'm going to use the same picture I used in the 'Pic paling cute' contest. It's not a crime right?

So here it is:- 


for the Sweetest Smile Category.

     Now, tagging five of my followers:
  1. Aisyah AR

Tag-> 2010 bagiku...

     Aiyak! Kena tag lagi. Dua kali dalam satu hari. har har har.. gelak jahat. jangkitan tag dah kena ni. Nak tak nak, kena buat jugak. bunyi macam kena paksa je. Tapi lebih banyak buat tag ni, makin hilanglah sifat mesterius ku. Tapi apakan daya, kalau tak mebalas tag, blogger lain akan cakap sombong pulak. Tapi bila fikir balik, best jugak tag ni. Merapatkan ukhwah sesama blogger. (^_^)

     Okay, mari mulakan. Cik ♥ 2010 ♥ [Part 2]. Siapa nak ikut, boleh visit blog Cik Niena ya.

     Sebenarnya Cik Niena kita ni nak tau apa pahit manis yang dilalui sepanjang tahun 2010 ni untuk blogger-blogger sekalian. Wah, lama tu. Setahun, mesti la banyak kan?

     Bagi saya, tahun 2010 adalah tahun yang sangat menarik. Pengalaman pertama berkerja di sebuah sekolah yang ada dunianya sendiri. Kepada sesiapa yang berkerja atau pernah berkerja di sekolah (cikgu/pekerja pejabat/lain-lain) akan tahu tentang hal ni. Sekolah bagai satu keluarga yang ada dunianya sendiri. Satu institusi yang kadang-kadang akan buat kita fikir tentang hidup.

      Di sekolah, saya belajar yang cikgu-cikgu ada puak mereka sendiri. Kadang-kadang puak ikut Gred, kadang-kadang puak ikut matapelajaran yang diajar atau kelas darjah/tingkatan berapa yang diajar, kadang-kadang puak cikgu baru dan cikgu lama. Macam-macam ragam boleh kita lihat. Bila duduk di bilik guru, macam-macam gosip kita dengar. Maklumlah, kebanyakannya cikgu perempuan. Tapi, tak bermakna cikgu lelaki tidak bergosip.

     Pada hari sambutan Hari Guru, kita boleh lihat mana cikgu yang ramai peminat, mana cikgu yang garang, dan cikgu mana yang kurang diminati anak-anak murid. Tapi tak bererti cikgu yang garang tu tidak disukai murid. Kalau soalan "siapa cikgu yang anda masih ingat?"  diajukan, mesti ramai yang akan beri jawapan nama cikgu yang garang sekali waktu di sekolah kan?

     Sekolah ni ada seorang ketua di atasnya, iaitu Guru Besar (sekolah rendah) atau Pengetua (sekolah menengah). Suasana di sekolah menengah dan sekolah rendah juga mungkin berbeza. Kalau nak hidup senang, bodeklah Guru Besar/Pengetua tu. Sebab orang yang paling baik dengan Guru Besar/Pengetua adalah orang yang kedua terbesar di sesuatu sekolah. Perkara ni memang cikgu-cikgu dah lama tahu. (^_^)

     Selain dari ragam cikgu, ragam anak-anak murid juga banyak. Kadang-kadang, bila saya perhatikan, kanak-kanak ni mudah sangat terpengaruh. Mereka ni ibarat kertas tisu, bukan kain putih, tapi kertas tisu yang bukan saja senang diwarnakan, tapi juga senang dikotori, dikoyah, dilipat dan diramas. Eee... takut pulak bunyinya.

     Ya, itulah hakikat. Kanak-kanak mudah dikotori. Benda yang tak baik, mudah saja mereka tiru. Dikoyak, dilipat, diramas, bila kita buat sesuatu yang melukai hati mereka. Tapi mereka juga mudah memaafkan, seperti tisu yang dilipat/diramas itu dibentangkan semula. Walaupun ada kesan, tapi mereka secara semulajadinya mudah dibentuk dan senang memaafkan. 

     Jadi, saya sentiasa berhati-hati ketika berbicara atau berada di hadapan mereka. Sifat mereka yang polos itu kadang-kadang mengerikan. Sifat mudah meniru (macam kertas karbon tu) lebih mengerikan. Sebab sifat itulah yang akan mereka bawa bila jadi dewasa kelak. 

     Tahu tak? Kanak-kanak merupakan pakar dalam meniru gaya orang dewasa? Dan sifat yang tidak baik lebih mudah ditiru berbanding sifat yang baik. Maukah anda jika generasi akan datang mewarisi 70% sifat tak baik yang anda tunjukkan berbanding 30% sifat baik yang pernah anda miliki? Apa akan jadi agaknya bila generasi yang seterusnya  juga mewarisi 70% sifat tak baik generasi akan datang? Takut tak? Mengerunkan bukan?

     Fuh, panjang berjela bercerita tentang sekolah. Ya, nak buat macam mana kan? Hidupku hanya di sekolah sepanjang tahun 2010 ni. Walaupun ada cerita tentang Majlis Perjumpaan Rakan-rakan Sekolah pada bulan September... Ku ambil keputusan untuk tidak bercerita tentang itu. Misteri. misteri, Cik Koala ni seorang yang pemalu sebenarnya. Malu-malu comel. (>.<)

     Sekian, terima kasih sekali lagi untuk Cik Niena sebab sudi tag Cik Koala.


Friday, 24 December 2010

contest 'pic paling cute!!!'

  

     saya suka blog elly@suely sebab penulis blog ni buat pertandingan yang comel ni. heheh.. saya memang suka benda-benda yang comel. Lagipun, saya memang perasan comel. heheh...(T_T). Gambar-gambar anak-anak elly pun comel!

     Dan saya rasa kita ada rakan yang sama. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Dan di bawah ni, gambar saya yang COMEL! (setelah lama memilih sebab banyak sangat pilihan gambar yang semuanya comel-comel belaka) 
아이스크림 좋아! 
(jeon aiseukeulim joh-a!)
"Saya suka ais krim!"




Thursday, 23 December 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN

     Alamak, lawat blog tadi, kena tag la pulak. Heheh.. Terima Kasih nadzirah razalli kerana sudi tag. Anda orang yang pertama tag aku sejak aku menjadi penulis Blog. (^_^)
.
.
...
.
.

     Segmen ni dari blogger yang bernama Cikgu Akim. Boleh lawat blog dia kalau nak ikut segmen ni. Klik saja di banner kat bawah ni untuk cara-cara nak ikut segmen ni.
Segmen Jom Berkenalan

Segmen Jom Berkenalan

S1: Apakah status anda
J1: Status ku BUJANG.

S2: Ceritakan tentang diri anda
J2: Macam mana nak mula ya? Ha... asal. tak tau nak kata asal dari mana. Mak Perak, Ayah Terengganu, Lahir Sabah. Senang cerita, Saya Anak Malaysia. Pekerjaan: Kerja swasta, tapi di sekolah. Belajar di: Sabah-Terengganu-Labuan-KL. Bilangan anak: takder. Cita-cita: Nak kahwin dan ada keluarga sendiri. heheh.... Nak belajar bahasa asing dan pergi melancong.

S3: Ceritakan tentang Blog anda
J3: Blog comel oleh penulis yang comel. Ya, memang saya peresan comel. Kalau nak tunggu orang lain puji, memang lambat la. Blog ni asalnya nak coret-coret aje. Tapi sekarang dah jadi tempat ku meluahkan pendapat tentang... semua. Jadilah Blog rojak yang tiada tema utama. Boleh tak gini?

S4: Apa pandangan anda tentang dunia blog?
J4: Pandangan saya cukup terang kerana saya pakai spek. Heheh... ok la. Dunia blog ni best la juga. Selain boleh luah pendapat, boleh juga kongsi-kongsi dan buat kawan baru.

S5: Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog.
J5: Nasihat ku, carilah tema utama. Jangan jadi cam saya. Blog ROJAK. hahahah... dan rajin-rajinlah Blogwalking dan ikut segmen/kempen/dsb

S6: Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda.
J4: Keunikan? Ya, blog ini ditulis dalam dua bahasa. Kadang Bahasa Melayu, kadang Bahasa Inggeris. Tapi, NO Menglish ya? Sebab orang yang mencampur adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu ayat dalah orang yang tiada karisma. (pendapat peribadi. Jangan ambil hati pada mereka yang buat begini)

S7: Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
J7: Sampai tajuk untuk dibuat entri dah habis. Impian tak ada la kot. Sebab, blog ni untuk suka-suka je. Tapi kalau ada pembaca yang suka/apa yang saya tulis ni boleh jadi nasihat kepada pembaca, bagus jugak kan?

Giliranku tag orang lain pulak:
1. EB
2. k-pop miny
3. millomocca
4. Niena Ainina

 ~ *kkeut

Wednesday, 15 December 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!


   Jalan jenguk-jenguk blog tadi, terjumpala satu entri ni... Cover Your Aurat Campaign, dari blog ThePotpetking, blogger dia nama asyfiqaz. Waa... bagus jugak kalau ikut ni. Yang paling best, tukang cipta campaign ni adalah seorang blogger LELAKI. yeay! hidup lelaki yang berani menegur dan menyatakan pendapat. Kalau nak dibandingkan ayah kepada gadis-gadis seksi yang macam tak ada mulut atau tulang belakang nak tegur cara anak sendiri berpakaian. Oppss!!... ya, bukan semua ayah begitu. Kadang-kadang, anak-anak ni, kita tegur macam mana pun dia tetap degil kan? Bukan salah ayah. Tapi, ayah kan si pemberi duit untuk membeli semua pakaian tu...  Lagipun, kalau diajar dari sejak kecil, kemungkinan mereka berpakaian seksi waktu remaja mungkin dapat dikurangkan. Hrm... tapi bukan sebab ni saja, ada banyak faktor lain lagi. Jadi, janganlah salahkan mereka yang bergelar 'ayah' sahaja ok?

   Kempen-kempen macam ni kena ikut ni sebab ia salah satu cara berdakwah. Memandangkan zaman sekarang ni, masalah tentang aurat makin menjadi-jadi. Kadang-kadang, TV pun buat hal jugak. Filem-filem melayu sakarang dah terlalu 'moden' sampai lupa yang melayu itu juga Islam. Dorang lupa sebab kadang-kadang penerbitnya tu bukan melayu. Bila bukan melayu, ciri-ciri melayu pun mulalah dilupakan. Tapi, penerbit melayu pun lebih kurang sama jer.

    Itu baru cakap pasal filem, belum lagi iklan TV. Iklan deodoran, iklan shampu, iklan sabun mandi, iklan losyen badan, iklan 'bulu roma kaki'... bla bla bla... Seingat-ingat Koala la dulu, agak-agak 15-10 tahun dulu, ketiak wanita tu dikira angota tubuh sensitif dan tidak boleh ditanyangkan dimedia awam. Tapi sekarang ni, selambe je mereka-mereka ni manayangkan bulu ketiak mereka pada umum. Model iklan shampu pulak gemar sangat berkemban. Haih! Apalah nak jadi ni??? Yang paling heran sekali, iklan-iklan macam ni ditayangkan pada waktu-waktu yang tak sepatutnya. Tak sepatutnya macam mana? Ok, gini, banyangkan anda tengah tengok program Al-Kuliyyah dangan mak ayah anda, tajuk pulak best. Contoh tajuk: Taubat, Panel jemputan dah beri ulasan yang kaw-kaw, terdetik la di hati nak bertaubat bagai, pastu pengacara pulak kata nak berhenti rehat, nak beri peluang iklan la pulak. Tengah-tangah iklan, terselit iklan shampu dengan model yang berkemban pulak. Taubat apa gitu? Pastu boleh pulak selit iklan losyen payudara. Hahahah!!!! Apa la nak jadi?

   Lepas filem, iklan. Lepas iklan, hrmmm... ada banyak faktor lain lagi ni! Ha! Artis! Artis kan selalu jadi idola remaja. Artis sekarang... ah malaslah nak komen. Pikir la sendiri.

   Alamak, semakin melalut pulak. Kang ada jugak komen Anonymous betubi-tubi masuk kang. Dah lah, sampai sini jela Koala membebel. Sekian Terima Kasih. (^_^)

Eh, sebelum terlupa, tag-tag yang berkenaan: Niena Ainina, deqdeq, chokeLy

Thursday, 25 November 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU


   ngeee.. (^__^) ini kali pertama masuk segmen mana-mana blog.

   Blog ni asalnya Slam Book versi online. (Tak tahu Slam Book tu apa? Tak ingat nama filem tu, tapi ada kat dalam filem Mat Saleh. Cuba Google). Tapi, bila pikir-pikir balik, daripada mengkritik orang, baik baiki diri sendiri kan? Sejak dari tu, apa-apa yang ditulis, hanya sekadar pemerhatian dan pandangan, bukan kritikan. Macam quote kat filem The Spiderwick Chronicles oleh watak Simon Grace:
"It's just an observation, not a judgment."
    Asal nama Koala on Duty ni pulak ialah dari kombinasi Drama Korea, Sweet Spy dan filem She's on Duty. Koala tu nama samaran watak heroin dalam drama Sweet Spy tu, Lee Soon-Ae. Nama tu diberi oleh watak Han Yoo-il, agen dalam penyamaran.

   Dari penjelasan, mesti dah dapat agak hobi dan kegemaran penulis kan? ... Alah, banyak pulak membebel. Apa-apa pun, sudi-sudilah datang melawat sekali-sekala ya? Terima Kasih.