Jalan jenguk-jenguk blog tadi, terjumpala satu entri ni... Cover Your Aurat Campaign, dari blog ThePotpetking, blogger dia nama asyfiqaz. Waa... bagus jugak kalau ikut ni. Yang paling best, tukang cipta campaign ni adalah seorang blogger LELAKI. yeay! hidup lelaki yang berani menegur dan menyatakan pendapat. Kalau nak dibandingkan ayah kepada gadis-gadis seksi yang macam tak ada mulut atau tulang belakang nak tegur cara anak sendiri berpakaian. Oppss!!... ya, bukan semua ayah begitu. Kadang-kadang, anak-anak ni, kita tegur macam mana pun dia tetap degil kan? Bukan salah ayah. Tapi, ayah kan si pemberi duit untuk membeli semua pakaian tu... Lagipun, kalau diajar dari sejak kecil, kemungkinan mereka berpakaian seksi waktu remaja mungkin dapat dikurangkan. Hrm... tapi bukan sebab ni saja, ada banyak faktor lain lagi. Jadi, janganlah salahkan mereka yang bergelar 'ayah' sahaja ok?
Kempen-kempen macam ni kena ikut ni sebab ia salah satu cara berdakwah. Memandangkan zaman sekarang ni, masalah tentang aurat makin menjadi-jadi. Kadang-kadang, TV pun buat hal jugak. Filem-filem melayu sakarang dah terlalu 'moden' sampai lupa yang melayu itu juga Islam. Dorang lupa sebab kadang-kadang penerbitnya tu bukan melayu. Bila bukan melayu, ciri-ciri melayu pun mulalah dilupakan. Tapi, penerbit melayu pun lebih kurang sama jer.
Itu baru cakap pasal filem, belum lagi iklan TV. Iklan deodoran, iklan shampu, iklan sabun mandi, iklan losyen badan, iklan 'bulu roma kaki'... bla bla bla... Seingat-ingat Koala la dulu, agak-agak 15-10 tahun dulu, ketiak wanita tu dikira angota tubuh sensitif dan tidak boleh ditanyangkan dimedia awam. Tapi sekarang ni, selambe je mereka-mereka ni manayangkan bulu ketiak mereka pada umum. Model iklan shampu pulak gemar sangat berkemban. Haih! Apalah nak jadi ni??? Yang paling heran sekali, iklan-iklan macam ni ditayangkan pada waktu-waktu yang tak sepatutnya. Tak sepatutnya macam mana? Ok, gini, banyangkan anda tengah tengok program Al-Kuliyyah dangan mak ayah anda, tajuk pulak best. Contoh tajuk: Taubat, Panel jemputan dah beri ulasan yang kaw-kaw, terdetik la di hati nak bertaubat bagai, pastu pengacara pulak kata nak berhenti rehat, nak beri peluang iklan la pulak. Tengah-tangah iklan, terselit iklan shampu dengan model yang berkemban pulak. Taubat apa gitu? Pastu boleh pulak selit iklan losyen payudara. Hahahah!!!! Apa la nak jadi?
Lepas filem, iklan. Lepas iklan, hrmmm... ada banyak faktor lain lagi ni! Ha! Artis! Artis kan selalu jadi idola remaja. Artis sekarang... ah malaslah nak komen. Pikir la sendiri.
Alamak, semakin melalut pulak. Kang ada jugak komen Anonymous betubi-tubi masuk kang. Dah lah, sampai sini jela Koala membebel. Sekian Terima Kasih. (^_^)

3 comments:
thanks for supporting ye semua!
semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)
haha..klaka gak entri nih =p
sy sokong 1000 % :)
mmg la dlm cerita tu lakonan, tapi kite kenalah tahu setakat mana yg boleh dan yg mana tak boleh..adat melayu kite, islam kite dah macam xde pegangan lagi..bile ckp2 sket, kite pulak yg di"cakap2kan.."..mcm2 la sekarang ni..menda2 macamtu la yg byk bwk pengaruh..cuba org2 industri ni buat iklan ke, cerita ke yg berbentuk ke arah islamiah ke..blh jugak membanggakan adat kita..kan .?eh2..byk pulak bunyi..ok la tata ! :D heehe
@asyfiqaz: Sama-sama. hehe... klaka ke? Terima kasih.
@nadzirah razalli: wah, sampai 1000%.seronok bila dapat komen mcm ni. terima kasih ya. kalau rajin singgah dan komen lagi ye. hehe.. (^_^)
Post a Comment