Dua benda tak seronok dah jadi baru baru ni. Semua kerna presepsi.
1. Bila rasa diri cantik sikit, mula la nak 'demand'. Apa? Ingat orang akan turut semua kehendakmu hanya kerna kamu itu indah dipandang? Maaf la! Kalau hati tak baik, lambat laun orang akan benci jugak. Prespsimu salah bila kamu fikir kamu boleh dapat apa yang kamu mahu hanya dengan rupa semata. Ingatlah, semua tu tak kekal. Hidup ni bagai roda. Cuma perlu tunggu giliran saja..
2. Hanya kerna kamu berfiran begitu, tidak semestinya orang lain juga akan mempunyai pendapat yang sama. Salah faham mudah terjadi bila berlaku pertembungan antara individu individu berbeza latar belakang/usia. Presepsi yang berlainan di antara dua itu boleh menyebabkan konflik yang tak munasabah. Sebelum membuat presepsimu sendiri, cubalah untuk meletakkan dirimu di tempatnya. Cubalah untuk tidak bersangka buruk. Mungkin konflik yang tak munasabah itu dapat dielakkan.
Selalulah bersangka baik dan senyumlah dengan hatimu. Nescaya hidup akan lebih tenang.. ¥(^_^)
No comments:
Post a Comment