Bila tak biasa kerja kuat, ini la akibatnya..
Bahu dan tangan lenguh lenguh mengangkat lebih kurang 200 kotak kotak yang seberat 5kg setiap satu.
Kaki pulak lenguh dek kerana berdiri dan berjalan sepanjang hari. Tambah pulak pakai sepatu formal.
Jari jari tangan dan tulang penumbuk luka luka. Sebab menggunakan gunting sebagai pisau untuk buka kotak kotak dan lipat kotak kotak. Segala jenis 'paper cut' ada di jari. Lepastu sempat pulak gunting tangan sendiri. Calar balar dibuatnya.
Kuku kuku rasa macam nak tercabut dek kerana bateri laptop yang terlalu ketat. Kalau buat sekali tak apa, cuba banyangkan kalau buat 138 kali? Sempat la jugak kuku ni berdarah.
Tapi walau apa pun, aku redha kerna ini memang tugas ku. Apa guna gaji kalau tak kerja? Kalau terima gaji tapi malas kerja, itu gaji buta namanya. Lagipun, benda ni sekali aje setahun. Tambah pulak beban kerja ni digendong bersama rakan sejawatan. :-)
Bunyi cerita macam sibuk ajekan? Tak hairan la kalau blog ni ada sedikit terabai... Maaf la ye.
No comments:
Post a Comment