1. Bukan tak puas hati. Cuma terkecik hati. Sikit je. Tak banyak pun.
2. Tak marah lah. Mana ada marah, cuma beri alternatif, cara untuk kongsi gambar dengan betul. Ada butang kongsi (share) kan? Tekan je kongsi.
3. Memang selalu pesan pun, kongsi gambar boleh. Tapi tak perlu lah muat naik semula. Siap crop watermark lagi. Sedih saya tau.
Memang tak ada untung pun. Tapi jom, mari kita fikir balik, apa itu watermark?
Penat² berdiri berjam-jam, ambil gambar dari sudut terbaik, cuba untuk rakam saat² manis aktiviti² di sekolah, untuk siapa? Untuk tontonan umum juga. Memang semua gambar-gambar tu diambil dengan tujuan supaya boleh dikongsi. Tak ada niat pun untuk simpan untuk tontonan sendiri.
Saya suka ambil gambar. Lagi suka bila ada orang 'like' gambar² tu. Ia semacam beri satu kepuasan. Bukan minta di puji, cuma bila umum suka dan komen, rasa hasil kerja itu berbaloi. Tidak la terasa semacam syok sendiri. "Oh, dia suka gambar tu? Hmm.. baguslah." Senyum sendiri.
Lagi, kalau iya pun nak kongsi, budi tatacara sekurang-kurangnya paut la semula ke 'page' asal. Atau nyatakan mana gambar tu di ambil, atau oleh siapa. Sedih bila nampak post tu. Rasa macam hasil kerja kena curi pulak. Mungkin saye je kot yang sensitif lebih.
Tapi tak apalah, puan juga mungkin terkejut bila saya share gambar puan kan?
Ya, saya salah. Tak patut saya kongsi 'screen capture' sebegitu tanpa menutup nama dan gambar profil puan terlebih dahulu. Mungkin kerana itu kroni puan melenting dan panggil saya perempuan. That's cute! How did you know that I'm a woman?
Again, I was not mad at you. I was just a little sad that my hard work was taken for granted. Seeing the pictures I took getting responds is kind of an acknowledgment that my work is actually appreciated. But, it's okay. Since you seem to not know the courtesy of sharing pictures online, I forgive you.
I know it is common to face this kind of situation when sharing public pictures online. So I shouldn't be too upset about it. Besides, I did some wrongs too.
And I think I should ask for forgiveness too.
Maafkan saya.
No comments:
Post a Comment