Monday, 13 May 2013

Habis rosak muka aku...

Hehe... teruknya tajuk. Nak marah siapa tu? Sebelum anda buat spekulasi liar, mari baca entri ni sampai habis. Mungkin boleh kongsi pendapat atau dapat iktibar.


Ok begini. Cik Comel memang dah lama mengalami kondisi kulit yang payah untuk baik. Maksud, macam ni, kalau ada jerawat kat muka, mesti tinggal parut. Parut pulak bukan parut merah/pink yang comel2 tu. Tapi parut hitam coklat yang memang susah nak hilang. Bukan setakat di muka, kalau ada luka di bahagian lain kulit badan, memang payah nak hilang. Rasanya kondisi ni ada nama khas dia, tapi Cik Comel malas nak Google. Kalau pembaca tahu, tolong komen2 sini ya? Saaaayang kamu. ;)

Setelah lama mengharung fasa ni, Cik Comel naik bosan dgn kulit yang comot. Jadi, Cik Comel buat keputusan ajak Kakak untuk pegi jumpa doktor pakar kulit. Tak tahu lah nak buat apa, tapi yang penting nak minta nasihat pasal kondisi kulit ni. Laser ke, peeling ke, apa2saja lah. Asal parut yang hitam2 tu terus lenyap.

Tapi, kakak kasi alternatif lain. Masa dia balik cuti tahun lepas, dia bawa balik satu produk nama Gold Root (akar emas). Dilabel sebagai 100% herba asli tradisional. Bahan asal ialah akar yang tumbuh di atas batu di kawasan bukit. Akar ini di ambil kemudian di proses menjadi serbuk. Cara pakai, campur sedikit dengan air, dan sapu ke muka.

Cik Comel bila dah tahu herba asli, apa lagi, terus la cuba. (FYI: Cik comel memang suka benda klasik dan asli.) Kesan dia memang sebijik macam peeling. Tapi, mungkin tak sedrastik chemical peeling, tapi kesan peeling mamang ada. 5 hari pertama muka rasa sangat gatal2. Garu2 sampai merah, memang tak tahan. Lepas tu, baru fasa pengelupasan. Masa ni, Cik Comel jaga betul kulit. Memang langsung tak main tengah panas. Kalau keluar pun mesti pakai face mask untuk elak kulit rosak. Fasa ni, kulit masih rasa sedikit gatal2 kering dan mengelupas.

Masa Cik Comel guna produk ni, nasib baik waktu cuti seklah. Kalau tak, memang akan banyak soalan dari orang sekeliling. Sebab kulit memang nampak sangat mengelupas. By this time, Cik Comel berhenti pakai produk ni. 2 minggu lebih lalui fasa ni, baru nampak sedikit perubahan. Kulit muka nampak lebih bersih dan jauh lebih cerah. Almaklumlah, orang baru salin kulit, memang macam tu. Kulit baru lah katakan. Masalah kulit kering hilang dengan sendiri bersama dengan kulit yang mengelupas.

Masa ni Cik Comel punyalah gembira. Rasa hati tak terkata. Suka bila ada orang tegur, "Eh, awak pakai apa ya? Nampak muka lain sikit." "Kenapa? Nampak macam mana" Eleh, Cik Comel purak2 tanya pulak. "Ya la. Dulu kan awak ada jugak parut jerawat. Sekarang dah tak ada." Wah! lagilah berbunga2 hati dengar. Hindung kembang-kempis, mulut sengih2 macam kerang busuk.

Sejak dari tu, kulit muka Cik Comel tak lagi ada masalah tompok2 hitam comot. Hati tak risau dah. Bedak pun tak payah tebal2

Tapi, baru baru ni, Cik Comel guna satu produk kecantikan. Slimming Lotion (losen turun berat badan). Nama losen tersebut biarlah di rahsiakan. Tapi, kalau anda semua pembaca setia blog ni, mungkin and dapat agak nama/jenama losen tu.

Lotion tu, dikatakan amat berkesan untuk bantu wanita2 di luar sana untuk tampil lebih slim. Hanya sapu kemudian urut dan anda akan lihat hasilnya. Boleh digunakan di mana2 bahagian badan. Malah, boleh disapu di muka untuk wajah yang lebih slim atau dagu yang lebih tirus.

Memandangkan pipi Cik Comel sememangnya comel, jadi losen tu pun disapukan ke pipi. Hari ketiga... jeng jeng jeng... timbullah anasir2 jahat yang sangat tidak diundang. Mula2 kecik je. Pastu lama2 jadi yg besar2.

Eh, apa ni? Membiak dan membesar ke? Oh TIDAK!!!!! Dahla berat badan tak turun pun. Asyik berpeluh memanjang. Muka pulak jadi comot balik.

Adess...

끝~kkeut

No comments: