Monday, 18 March 2013

Saya Gemuk?

Hahah!!!! Memang perasan pun, sejak duamenjak ni berat badan macam dah naik. Sebab dah lama penimbang kat rumah habis bateri, jadi dah lama tak timbang. Sekali, Khamis minggu lepas, pegi ke bilik sukan, nampak ada penimbang, terus naik. Nak tau berapa???? 61.4kg!!!! Ish!!! Geram. Terkejut. Takut. Tak percaya. Last-last, buat tak tahu saja. Ingatkan boleh buat donno je. Biarkan je. Tak kisah pun. Tapi... Semalam, Cikgu tegur! "Irah naik berat badan kan?" Alamak! macam mana tau ni? Mau tak mau, mengaku jelah. Lepas tu tanya, macam mana tau? Nampak sangat ka? "Ya. Kat lengan nampak besar." Oh-uh!!!! Ya kah? Sekali, tak lam lepas tu, ternampak pantulan diri sendiri dari dalam cermin. Terperasan bahagian tangan. E-eh! Ya lah! Besar! Tangan BESAR!!!!! Sejak hari tu, sekarang berazam untuk turunkan berat badan (sekali lagi). Dulu pernah sekali berazam macam tu. Berat sasaran masa tu 49kg dari 58kg. Tapi dapat capai 54kg saja. Lepas tu berhenti. Sekarang, berat sasaran 49kg dari 61kg. Kali ni, tak kisah la dapat capai berat sasaran tu ke tak, yang penting, bahagian tangan dan peha. Memang bahagian yang bermasalah dan sasaran asal kenapa nak turunkan berat badan. Sebab tak boleh pilih baju atau seluar sesuka hati. Kesian. Sedih kan? Pernah cuba juga jus turun berat badan yang tengah laris di internet sekarang. Boleh la. Nak kata mujarab, tak jugak. Mungkin sebab lain orang, lain hasil kot. Tapi bila baca testimoni orang lain, turun banyak betul, macam tak percaya. Tapi diri sendiri, eleh, turun ciput je. Dari sini jugak, berazam untuk buat review barang-brang turun berat badan dan ubat kurus yang orang dakwa mujarab betul tu. Kali ni, no mercy! Tiada belas kasihan sama sekali. Tiada sugar coated review. Saya akan melaporkan apa yang terjadi, akibat, hasil sejujur dan seteliti dan terperinci yang mungkin. Nantikan.

No comments: