Situasi 1
Cikgu-cikgu masuk makmal. Saya yang sedang duduk di meja belakang sekali dalam makmal buat kerja sendiri dengan senang hati.
Soalan 1: Irah, komputer mana boleh guna ni?
Jawapan 1: Semua komputer boleh guna, kecuali komputer no 5.
Selasai.
Situasi 2
Cikgu-cikgu ambil tempat di komputer yang disukai. Cuba untuk buka komputer.
Soalan 2: Irah, kenapa tak boleh buka ni?
Jawapan 2: (pergi ke komputer--> check. Rupanya suis belum buka. -->tolong buka suis.
Selesai.
Situasi 3
Komputer dah buka. Ada dua akaun. a) Admin b) Guest. Nota: Akaun admin ada password.
Cikgu 1
Soalan 3: Irah, nak masukkan apa ni?
Jawapan 3: Masuk Guest
Soalan 4: Macam mana eja? g u e s s?
Jawapan 4: Sila masuk akaun Guest.
Selesai.
Cikgu 2
Soalan 5: Nak taip apa ni?
Jawapan 5: Masuk akaun Guest.
Soalan 6: GAS?
Jawapan 6: (-_-)'''''
Selesai.
Cikgu 3: Komputer dah habis gas. Kena masukkan gas dulu baru boleh guna. (menyampuk/perli/bersuara???)
Dalam Hati: ikut suka hati hang la labu... (-_-)''''
Selesai.
Situasi 4
Cikgu-cikgu masuk Sistem Pangkalan Data Murid KPM dan mula isi maklumat murid kelas masing-masing. Sambil isi, sambil bersuara. Di antara perkara-perkara yang disuarakan.
1. Ni kerja pengkeranian ni. (Dengan nada tak puas hati)
2. Tahun lepas buat benda yang sama jugak. Masukkan data yang sama. Cuma sistem je lain. (Juga dengan nada tak puas hati)
3. Siapa nak tolong buat heh??? (dengan nada perli)
4. Kenapa internet di bilik guru tak dapat heh? (dengan nada perli) Ada orang cabut ke?
5. Lambat betul nak buat seorang murid pun. Sorang murid dah 5 minit.
6. Nak buka komputer saja puuun ambil masa dah.
Kesimpulan: Semua kerja ada susah senangnya. Syukur sajalah kita mempunyai perkerjaan yang memberikan kita pendapatan setiap bulan. Merungut tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ia cuma menunjukkan ketidak-profesional-lan kita saja.
No comments:
Post a Comment