Wednesday, 7 September 2011

Anda sibuk?

Lama tak buat entri baru kan? Bukan tak ada topik. Tapi... sebenarnya, dalam diri ni banyak yang diucapkan. Rasa yang membuak-buak kat dalam ni. Nak tunggu diluahkan je. Cuma, masa tak mengizinkan. Sejak dari puasa haritu, asyik sibuk. Sibuk apa ya? Kerja dan tanggungjawab yang tak sudah. Ops, bukan sebab tengok K-Drama dengan J-Dorama ya. Lebih sebulan dah berenti/ditangguhkan. Komputer rumah pun tak buka dah berminggu. Setakat buka mukabuku untuk tengok notifikasi je. Nak tahu perkembangan kawan-kawan pun seimbas lalu je. Pernah tak rasa yang 24 jam dalam sehari tu masih tak cukup? Kadang-kadang, bila sibuk, itulah yang terlintas difikiran kan?


Bagi pengunjung tegar, mesti anda perasan keadaan blog ni yang kucar kacir kan?. Gambar hilang, reka letak bertukar-tukar. Ish ish ish. Kalau nak tahu, blog ni dalam proses pengimejan semula. Lah, kata tadi sibuk? Sempat pulak nak pengimejan semula ni apa cerita? Heheh... Sebab sibuk la proses pengimejan semula tidak berjalan lancar. Kalau tak sibuk, dua hari dah siap dah. Ceh! berlagak.

Ok, banyangkanlah ya;
Kerja : 7:00 - 4:00
Petang : tolong masak-masak
Malam : Terawih & Ngaji
Jam 4:30 pagi dah bagun balik dah. Dan kitaran tersebut bermula lagi.

Nampak macam tak berapa sibuk kan?

Ok, mari tambah faktor-faktor yang menyibukkan lain;
Tempat kerja : 280+ buah ebook
10+ buah Laptop
20+ buah Komputer (1 makmal)
60 orang cikgu
280 orang murid
Rumah : 4 ekor arnab
2 ekor kucing

Hek eleh, itu aje? Cakap je lebih budak nih! 。・"(>0<)"・。ンモォ〜
그그그 buat-buat sibuk je ni. Semua tu alasan semata-mata. Sebenarnya, orang yang mengaku sibuk itu kurang bijak mengatur jadual hidup. Sebaliknya, orang yang mengaku bosan pula tidak menghargai masa yang dikurnia Allah. Oleh itu, sama-sama lah kita renung-renungkan. Untuk peringatan pada diri sendiri jugak. Fikir yang terbaik dan buat perubahan hidup. Moga hidup dan usia kita diberkati Allah. Amin. (^_^)

끝~ *kkeut

No comments: