Monday, 27 May 2013

Suria Secret Ramping Balm

Sebelum guna Felina Inchloss, CC pernah guna Suria Secret Ramping Balm. Pernah dengar tak? jom baca pasal SSRB sini.
Mari kita quote sikit dari laman tu dan banding dengan hasil (pengalaman CC) penggunaan produk ni.
Sebab 1: Masa Yang Singkat Suria Secret Ramping Balm adalah satu produk unik yang mampu turunkan berat badan anda dalam jangkamasa yang singkat seawal 2 MINGGU.
CC guna untuk 2 minggu, tiada perubahan ketara berat badan. Cuma beberapa gram mungkin disebabkan naik turun kandungan air dalam badan dan rutin ke toilet.
Sebab 5: Proses Pembakaran Lemak Yang Lama Anda akan rasa panas pada bahagian sapuan dan ianya tahan berjam-jam lamanya. Kebanyakan produk lain hanya tahan 1-2 jam sahaja. Anda juga tidak akan rasa perut memulas atau cirit-birit seperti menggunakan produk makanan untuk kurus yang lain. Tapi tidak bagi Ramping Balm, anda jalani hidup seperti biasa dan dalam masa yang sama berat menurun. Hebat kan?
Memang panas pun. Sepanjang masa berpeluh2... fuh. Letih.
Sebab 6: Tidak Mengeluarkan Bau Kuat Dan Kurang Menyenangkan Ramping Balm tidak mengeluarkan bau yang kuat. Baunya nipis dan natural. Orang tidak akan tahu yang anda sedang menggunakan krim kurus.
Erk... tipu kot? Sebab CC pernah kena tegur kat orang kat tempat kerja. Dorang masuk bilik, pastu tanya, "Siapa sakit ni? Bau macam minyak angin."

CC skip point lain sebab tak ada apa nak komen pasal tu. Tapi CC nak tambah sikit. Masa pakai SSRB tu, kena cuci basuh bersih2. Sebab masa CC guna, CC naik ruam di... ehem2. Sangat tak selesa. Kena ke farmasi cari ubat. Lepas tu CC terus berhenti guna.
Sekian.
~kkeut

No comments: