Tuesday, 25 January 2011

Do Re Mi Pa Sol La Si Do (도레미파솔라시도)

     Drama drama drama. Asyik tengok drama je. Lama dah tak tengok filem korea. Sejak tak keluar jalan pergi kedai, sejak tu la tak beli VCD filem korea. Tapi nasib baik ada internet, boleh la jugak lepas rindu. Jalan-jalan kat youtube, jumpa movie Do Re Mi Pa Sol La Si Do (도레미파솔라시도).  Mula-mula tengok... aiks... macam kenal lah pelakon lelaki tu... tapi siapa ya? Cari punya cari, rupanya pelakon yang sama yang berlakon dalam Mary Stayed Out All Night/Marry Me, Mary! (매리는 외박중) drama KBS baru-baru ni. Koala memang selalu macam ni. Tidur banyak sangat, sebab tu la jadi lembab pelupa. 크크크

     Filem korea secara amnya tak macam filem barat. Filem korea banyak kena mengagak, bak kata lain, sendiri mau tau la. Kadang-kadang rasa macam penyunting filem tu terlebih sunting pulak sampai rasa ada babak yang tertinggal. Kronologi cerita banyak yang tidak dilakonkan/ditunjuk berbanding dengan drama, yang lebih terperinci. Tapi, sunting banyak manapun atau tak ada dalam babak/skrip, kita tetap faham kan? (Soalan diajukan pada peminat filem dan drama korea)

     Contoh? Okla, contoh senang, bila hero dan heroinnya jatuh cinta, mana ada tunjuk sangat babak-babak jatuh cinta. Senang aje dorang, jumpa je terus boleh jadi pasangan. Berbanding dengan barat, ayat "Aku cinta kamu" tu senang aja diucap. Macam percuma pulak kan? (Satu lagi soalan untuk pembaca. 크크크) Mungkin sebab budaya berbeza. Barat lebih terbuka bila berbincang pasal perasaan ni, tapi bagi orang timur... kita lebih sopan santun dan berlapik kan?

     Macam dalam filem ni, hero dan heroin dia baru jumpa dua hari dah boleh jadi pasangan. Hero sakat heroin. Heroin balas dendam. Hero balas balik. Lagi sesi menyakat. Akhir sekali, soalan keramat tu pun terpacul "Awak suka saya kan?" Tau tau dah jadi pasangan! Senang kan? Ish, kalau lah realiti hidupku macam tu... "Saya suka awak." "Awak suka saya?" Pastu terus kawin. Kan seronok tu!?... alamak, melalut! Abaikan! Berbalik pada ayat keramat tu tadi... "Awak suka saya kan?" Jawapan pada soalan tu juga tak jelas. Kadang-kadang soalan tu tak terjawab pun. Pastu apa terjadi, pandai-pandai la agak sendiri.

     Jalan cerita ni ok-ok je. Memandangkan filem ni diadaptasi dari novel cyber yang terkenal, mungkin dah ramai peminat sendiri. Yang paling tak tahan, babak akhir sekali, (amaran: spoiler alert!) walaupun ada sedikit kelakar sebelum tu, buat ku menitiskan air mata juga la. Tapi dua titik je. Tak banyak pun.

     Filem ni di bawah katergori drama romantik. Dalam erti kata lain: Chick Flick. Kaum Adam tak yah tengok la. Takut bosan pulak nanti.

~ *kkeut


Pelakon utama:

No comments: