Aiyak! Kena tag lagi. Dua kali dalam satu hari. har har har.. gelak jahat. jangkitan tag dah kena ni. Nak tak nak, kena buat jugak. bunyi macam kena paksa je. Tapi lebih banyak buat tag ni, makin hilanglah sifat mesterius ku. Tapi apakan daya, kalau tak mebalas tag, blogger lain akan cakap sombong pulak. Tapi bila fikir balik, best jugak tag ni. Merapatkan ukhwah sesama blogger. (^_^)
Okay, mari mulakan. Cik ♥ 2010 ♥ [Part 2]. Siapa nak ikut, boleh visit blog Cik Niena ya.
Sebenarnya Cik Niena kita ni nak tau apa pahit manis yang dilalui sepanjang tahun 2010 ni untuk blogger-blogger sekalian. Wah, lama tu. Setahun, mesti la banyak kan?
Bagi saya, tahun 2010 adalah tahun yang sangat menarik. Pengalaman pertama berkerja di sebuah sekolah yang ada dunianya sendiri. Kepada sesiapa yang berkerja atau pernah berkerja di sekolah (cikgu/pekerja pejabat/lain-lain) akan tahu tentang hal ni. Sekolah bagai satu keluarga yang ada dunianya sendiri. Satu institusi yang kadang-kadang akan buat kita fikir tentang hidup.
Di sekolah, saya belajar yang cikgu-cikgu ada puak mereka sendiri. Kadang-kadang puak ikut Gred, kadang-kadang puak ikut matapelajaran yang diajar atau kelas darjah/tingkatan berapa yang diajar, kadang-kadang puak cikgu baru dan cikgu lama. Macam-macam ragam boleh kita lihat. Bila duduk di bilik guru, macam-macam gosip kita dengar. Maklumlah, kebanyakannya cikgu perempuan. Tapi, tak bermakna cikgu lelaki tidak bergosip.
Pada hari sambutan Hari Guru, kita boleh lihat mana cikgu yang ramai peminat, mana cikgu yang garang, dan cikgu mana yang kurang diminati anak-anak murid. Tapi tak bererti cikgu yang garang tu tidak disukai murid. Kalau soalan "siapa cikgu yang anda masih ingat?" diajukan, mesti ramai yang akan beri jawapan nama cikgu yang garang sekali waktu di sekolah kan?
Sekolah ni ada seorang ketua di atasnya, iaitu Guru Besar (sekolah rendah) atau Pengetua (sekolah menengah). Suasana di sekolah menengah dan sekolah rendah juga mungkin berbeza. Kalau nak hidup senang, bodeklah Guru Besar/Pengetua tu. Sebab orang yang paling baik dengan Guru Besar/Pengetua adalah orang yang kedua terbesar di sesuatu sekolah. Perkara ni memang cikgu-cikgu dah lama tahu. (^_^)
Selain dari ragam cikgu, ragam anak-anak murid juga banyak. Kadang-kadang, bila saya perhatikan, kanak-kanak ni mudah sangat terpengaruh. Mereka ni ibarat kertas tisu, bukan kain putih, tapi kertas tisu yang bukan saja senang diwarnakan, tapi juga senang dikotori, dikoyah, dilipat dan diramas. Eee... takut pulak bunyinya.
Ya, itulah hakikat. Kanak-kanak mudah dikotori. Benda yang tak baik, mudah saja mereka tiru. Dikoyak, dilipat, diramas, bila kita buat sesuatu yang melukai hati mereka. Tapi mereka juga mudah memaafkan, seperti tisu yang dilipat/diramas itu dibentangkan semula. Walaupun ada kesan, tapi mereka secara semulajadinya mudah dibentuk dan senang memaafkan.
Jadi, saya sentiasa berhati-hati ketika berbicara atau berada di hadapan mereka. Sifat mereka yang polos itu kadang-kadang mengerikan. Sifat mudah meniru (macam kertas karbon tu) lebih mengerikan. Sebab sifat itulah yang akan mereka bawa bila jadi dewasa kelak.
Tahu tak? Kanak-kanak merupakan pakar dalam meniru gaya orang dewasa? Dan sifat yang tidak baik lebih mudah ditiru berbanding sifat yang baik. Maukah anda jika generasi akan datang mewarisi 70% sifat tak baik yang anda tunjukkan berbanding 30% sifat baik yang pernah anda miliki? Apa akan jadi agaknya bila generasi yang seterusnya juga mewarisi 70% sifat tak baik generasi akan datang? Takut tak? Mengerunkan bukan?
Fuh, panjang berjela bercerita tentang sekolah. Ya, nak buat macam mana kan? Hidupku hanya di sekolah sepanjang tahun 2010 ni. Walaupun ada cerita tentang Majlis Perjumpaan Rakan-rakan Sekolah pada bulan September... Ku ambil keputusan untuk tidak bercerita tentang itu. Misteri. misteri, Cik Koala ni seorang yang pemalu sebenarnya. Malu-malu comel. (>.<)
Sekian, terima kasih sekali lagi untuk Cik Niena sebab sudi tag Cik Koala.
5 comments:
ewah , anys nak jugak huu .
*hit me back
@momoyyanyzz: I've hit you back.
makseh koz tag . . .
makseh koz tag . . .
@KaLeD diDi: Sama-sama.
Post a Comment