Saturday, 18 May 2013

BRAND'S® InnerShine® Berry Essence

Seperti Pati Prune, BRAND'S® InnerShine® Berry Essence juga di design sebagai makanan tambahan. Tapi ini untuk kesihatan mata. Kesan pada penggunan yang mengamalkan minum pati ni memang tak boleh diukur dengan mata kasar. Sekali lagi, Cik Comel cuba kongsikan pengalaman semasa pengambilan Berry Essence dari segi pemerhatian kasar.

Secara dasarnya, Berry Essence ni untuk mata yang terang dan jelas. Sekali lagi diulangi di sini, ini bukan ubat. Ia hanya makanan tambahan. Sakadar membantu dalam mengimbangi kesihatan mata pengguna. Bagi Cik Comel, Berry Esence ni memang membantu sangat. Sebab apa Cik Comel kata macam ni? Sebab Cik Comel boleh rasa perubahan pada keadaan penglihatan yang kurang kabur.

Sebenarnya Cik Comel ni merupakan pengidap myopia. Merupakan pengguna kaca mata sejak dari Tingkatan 2 lagi. Gara2 main spek mak masa kecik2 dulu. Bermula dengan degree -1.00 hingga mencecah -2.75. Pakai spek ni memang leceh sebab tu Cik Comel tak berapa gemar pakai. Tambah pulak, pergerakan dan penampilan terbatas.

Ada pendapat kata, kalau jarang pakai spek, degree boleh kurang. Ada pulak pendapat kata, degree akan naik. Pendapat2 ni memang belum dapat dibuktikan, tapi Cik Comel ambil keputusan untuk jarang pakai.

Masa penambilan produk ni, spek memang tak pakai. Contact lens memang tinggal terus. Tengok TV dan main komputer memang jarang2 sekali. Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan gitu sambil minum Berry Essence ni. Tapi, bukan ni saja yang Cik Comel amalkan, tapi juga toner mata Permata Hijrah. Cik Comel tak pasti, sama ada inikah yang membantu atau ia adalah kesan pengambilan Berry Essence sahaja. Atau kesan mengamalkan kedua2 produk serentak?

Sampai satu masa, Cik Comel perlu buat spek baru sebab nak pergi tempat jauh. (melancong) Rugi la kalau pegi jalan tapi tak nampak dengan jelas kan? Masa uji degree mata, ternyata degree turun. Perkara ni Cik Comel pernah cerita di entri yang dulu. Kalau nak baca, boleh terus ke sini.

Berbalik pada topik asal, kalau nak amal Berry Essence ni, silakan. Tapi yang penting, kesan kepada setiap pengguna akan berbeza. Terpulang pada individu. Asal rajin amal, konsisten, sabar dan banyak duit. heheh... :P

PS: Berry Essence ni rasa dia lebih sedap dari Pati Prune

Skala 3 dari 5.

끝~kkeut

No comments: