Dapat bungkusan hari ni. Atau lebih tepat, sampul Pos Ekspress. Kanta Lekap yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga. Tapi... apa yang tak puas hati? Ok mari kita terangkan satu persatu.
Ingat tak haritu ada entri yang bagitau kanta lekap ku ada sedikit koyak? Ya, lepas kejadian tu, mulalah mencari penjual jenama kanta lekap yang sama tapi penjual yang berlainan (memandangkan ketidakpuasan pengalaman membeli dari penjual yang pertama). Jumpalah satu blog ni, malaysianbigeyeskoreanlens yang kebetulan waktu tu hampir-hampir menutup tarikh 'pre-order'nya. Jadi, tanpa fikir panjang, terus tempah dua pasang kanta lekap dari pemilik blog tu.
Kronologi proses pembelian hingga produk sampai:
- 17 November 2010: Tarikh hantar emel bertanyakan cara tempah dan cara bayaran dan lain-lain.
- 19 November 2010: Dapat jawapan.
- 21 November 2010: Bayaran pun diteruskan.
- 23 November 2010: Tarikh tutup tempahan.
- 14 Disember 2010 : Tarikh barang dijangka sampai.
Memandangkan saya seorang pelanggan yang memahami, tetap menunggu dengan sabar... Lagipun, dia dah pesan, jangan tanya bila stok akan sampai. Sebab dah dinyatakan di blog tu.
- 1 Januari 2011: Akhirnya menghantar pesanan melalui Facebook pada pemilik blog yang kedua. (info: pemilik blog adalah dua orang adik beradik)
- Hari yang sama (beberapa minit kemudian): Dapat jawapan menyatakan mereka masih menuggu pembekal menghantar pesanan dengan alasan 'akhir tahun'.
- 6 Februari 2011: Bertanyakan lagi tentang kanta lekap yang ditunggu
sekian lama. - 10 Februari 2011: Dapat berita, bahawa kanta lekap telah pun diposkan.
- 16 Februari 2011: Akhirnya kanta lekap sampai ke tanganku.
Bila buka... erk! Pelekat keselamatan keaslian (authenticity sticker) tak ada! Nama dan warna label pun berbeza dari botol yang sebelum ni (nasib baik masih simpan botol yang lama). Sepasang lagi kanta lekap lagi, tak cukup satu pelakat keselamatan. Dengan rasa ragu-ragu, terus menghantar pesanan lagi melalui Facebook. Alasan yang diberi kali ni, "takut sista lupa nak lekat".
![]() |
| Pesanan di Facebook |







No comments:
Post a Comment